X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Dua lelaki disiasat kes rogol, samun asrama pekerja asing

Gambar hiasan
A
A

BUKIT MERTAJAM - [DIKEMAS KINI] Dua lelaki warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pecah masuk asrama wanita pekerja asing di kawasan perumahan di Perai pada 12 Oktober lalu.

Selain kesalahan itu, kedua-dua suspek terbabit turut dipercayai menyamun dan merogol salah seorang pekerja wanita warga asing di asrama terbabit.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, kedua-dua suspek yang berusia 24 dan 25 tahun itu ditahan secara berasingan di kawasan SPT pada Rabu.

Menurutnya, kedua-dua suspek kini direman sehingga 17 Oktober ini untuk siasatan lanjut.

"Kedua-dua suspek mempunyai pelbagai rekod lampau melibatkan jenayah dan dadah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas mengenai kejadian pada jam 4 pagi itu, Shafee berkata, ketika kejadian, mangsa sedang tidur di dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah teres dua tingkat yang dijadikan asrama pekerja warga asing.

"Ketika mangsa sedang tidur, dia dikejutkan oleh seorang lelaki yang masuk ke biliknya lalu meletakkan objek tajam di lehernya.

"Lelaki tersebut kemudiannya telah merogol mangsa selain mencuri wangnya sebanyak RM200," katanya.

Shafee berkata, ketika kejadian, bilik mangsa berkunci.

"Pemeriksaan mendapati, suspek dipercayai masuk ke dalam rumah itu dengan mengumpil pintu hadapan rumah dan bilik mangsa. Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 dan 376 Kanun Keseksaan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!