X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

200,000 penduduk Kelantan dijangka terima suntikan dos penggalak

Zaini (tiga, kiri) menerima sumbangan daripada Yayasan Ikhlas di sini pada Khamis.
A
A

KOTA BHARU - Seramai 200,000 penduduk di negeri ini dijangka menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 bermula Khamis, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Husin.

Menurutnya, suntikan dos penggalak berkenaan pada permulaan akan diberi kepada petugas barisan hadapan, individu dengan komorbid dan mereka yang akan ke luar negara.

“Kelantan telah mulakan dos penggalak hari ini (Khamis) dan ia dilaksanakan kepada individu yang berkenaan yang memerlukan dos tersebut. Ia melibatkan mereka yang menerima vaksinasi jenis Pfizer,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Zaini sebelum itu menerima sumbangan Pek Barisan Hadapan iaitu sut perlindungan diri daripada Yayasan Ikhlas di sini.

Mengulas lanjut, katanya, sehingga kini, Kelantan sudah mencapai 79 peratus imuniti kelompok mengikut jumlah statistik penduduk Kelantan tahun 2020.

Katanya, walaupun jumlah jangkitan di negeri ini masih lagi empat angka, namun ia hanya melibatkan pesakit kategori satu dan dua, selain sebilangan kecil lagi adalah kategori selebihnya.

Ketika ditanya mengenai jangkaan jumlah jangkitan akan bertambah disebabkan kebenaran rentas negeri sejak Isnin lalu, Zaini berkata, jumlah jangkitan tidak akan bertambah jika semua pihak bertanggungjawab menjaga diri masing-masing.

“Dalam keadaan endemik ini, kita perlu menjaga diri masing-masing. Dengan pembukaan sempadan negeri, pergerakan mungkin agak bebas, sama ada masuk atau keluar dari Kelantan.

“Apa yang penting, masing-masing perlu buat ujian kendiri. Jika merasa diri berisiko, maka bertanggungjawablah untuk lakukan prosedur sepatutnya supaya kita sama-sama dapat memutuskan penularan wabak ini,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!