MBSA sedia pejabat bergerak Sabtu ini

Shahrin
Shahrin
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandarraya Shah Alam (MBSA) menyediakan pejabat bergerak 'Shah Alam on Wheel' (SAOW) sempena Program Konvoi Jelajah Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Utara pada Sabtu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, pejabat bergerak itu akan diadakan di pekarangan Dewan Meranti 2, Bandar Baru Sungai Buloh, Seksyen U20.

"Waktu operasi pejabat bergerak ini bermula dari jam 8 pagi hingga 3 petang," katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Beliau memberitahu, SAOW merupakan platform yang disediakan oleh pihak MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

"Antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah semakan dan pembayaran cukai taksiran, kaunter aduan dan sebagainya," jelas beliau.

Katanya, MBSA juga telah memberikan pengurangan kompaun RM10 bagi kompaun tempat letak kereta dan pengurangan kompaun sebanyak 70 peratus bagi kompaun terpilih sempena sambutan ulang tahun bandar raya Shah Alam sepanjang bulan Oktober ini.

"Pembayaran boleh dilakukan di Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheels (SAOW)," ujarnya.

Artikel Berkaitan: