X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

Van Gaal kagum aksi Oranje

Pemain Belanda, Donyell Malen meraikan gol keenam jaringannya ketika berdepan Gibraltar pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022. - foto EPA
A
A

PENGENDALI Belanda, Louis Van Gaal kagum dengan aksi yang dipamerkan kesebelasan pemain ketika membenam Gibraltar 6-0 bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2022, pada Selasa.

Menurutnya, kesemua pemain telah mempamerkan aksi cemerlang di sepanjang perlawanan selain mematuhi percaturan taktikal pasukan di sepanjang perlawanan.

“Saya cukup berpuas hati dengan kemenangan ini, tetapi apa yang lebih menarik perhatian saya adalah aksi yang dipamerkan oleh pemain.

“Mereka telah mempamerkan aksi luar biasa. Selain menjaringkan enam gol, mereka juga bejraya mencipta deretan peluang gol pada perlawanan berkenaan.

“Dalam masa sama, benteng pertahanan kita turut beraksi cemerlang bagi memastikan pintu gol tidak dibolosi,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan gol-gol Belanda dijaringkan oleh Virgil Van Dijk pada minit ke-9, Memphis Depay (min-21, min-48, penalti), Denzel Dumfries (min-48), Arnaut Danjuma (min-75) dan Donyell Malen (min-86).

Kemenangan itu menyaksikan skuad Oranje itu terus unggul memimpin Kumpulan G dengan 19 mata hasil enam kemenangan daripada lapan perlawanan setakat ini.

Situasi berkenaan sekali gus mengesahkan slot untuk Belanda beraksi ke saingan Piala Dunia 2022, biarpun masih berbaki dua perlawanan.

Sementara itu Van Gaal berkata, dia gembira menyaksikan aksi bek kental, Van Dijk pada yang dilihat telah mempamerkan aksi bertenaga di sepanjang perlawanan.

Malah Van Gaal turut berbangga apabila pemain bertubuh sasa itu turut menjaringkan gol pada perlawanan berkenaan.

“Bagi saya, Van Dijk telah beraksi dengan cemerlang pada perlawanan ini. Selain cemerlang di benteng pertahanan, dia turut membantu jentera serangan dan turut menjaringkan gol,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!