JKM cari ibu, waris budak ditinggalkan di kedai makan

Siti Aisyah
Siti Aisyah
A
A
A

SABAK BERNAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sabak Bernam mencari ibu kandung atau waris kepada seorang kanak-kanak perempuan yang ditinggalkan di sebuah kedai makan di Kampung Sekendi pada tahun 2017.

JKM dalam kenyataannya memaklumkan, ibu kandung kanak-kanak itu dipercayai meninggalkan anaknya dikenali sebagai Siti Aisyah, 4, di kedai makan Marwiah Hamiran, 52, yang ketika ini menjadi ibu angkat kepada kanak-kanak tersebut.

"Sehingga kini, ibu kandung kanak-kanak itu terus menghilangkan diri dan gagal dikesan sehingga kini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, kanak-kanak terbabit ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

"JKM dalam usaha mengesan ibu kandung atau waris kepada kanak-kanak ini untuk membantu mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak.

"Oleh itu, JKM Sabak Bernam memohon ibu kandung atau warisnya untuk menghubungi pegawai pelindung daerah Sabak Bernam di talian di 03-3224 2304 atau 03-3224 2873," katanya.

Artikel Berkaitan: