PH tak kebal, rakyat mampu menilai: Din Adam

DATUK DIN ADAM
DATUK DIN ADAM
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Masa untuk kerajaan PH berbulan madu dengan kemenangan lalu sudah berakhir, kerana rakyat sudah muak dengan penipuan dan janji palsu yang dibuat.

Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Din Adam berkata, PH silap besar jika merasakan mereka masih mendapat sokongan rakyat, kerana gelombang kesedaran rakyat sudah bermula dan ia dapat dilihat melalui beberapa PRK, khususnya di Semenyih baru-baru ini.

Menurutnya, rakyat dapat menilai sendiri kemampuan PH mentadbir negara yang dilihat banyak lompong dan kepincangan serta gagal mentadbir dengan baik.

“Lihat saja dengan penipuan dan janji palsu yang dibuat, semua itu rakyat lihat dengan jelas, sebab itu rakyat hukum mereka di DUN Semenyih dan BN dapat rampas semula kerusi tradisinya sebelum ini.

“Ia tamparan hebat untuk PH kerana mereka bukan ‘kebal’ sebab rakyat lebih bijak menilai,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelas Din, melihatkan kepada situasi kini, beliau yakin BN akan dapat mengekalkan kerusi DUN Rantau dalam pilihan raya kecil nanti.

Ini kerana ketokohan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, bukan sahaja figura yang sangat dikenali, malah cukup disayangi rakyat kawasan itu.

“Insya-ALLAH peluang untuk menang itu ada, lagipun ia memang kawasan BN dan Mohamad pernah jadi menteri besar sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

"DUN Rantau terletak di bawah Parlimen Rembau, yang turut dimenangi BN.

“Apa-apa pun, kita kena bekerja keras dan berikan keyakinan kepada rakyat sebab kita sekarang ini berada dalam keadaan berbeza. Laluan kita dalam PRU14 dahulu berbeza kerana dahulu kita kerajaan, tapi kita kini pembangkang. Tapi saya yakin, momentum kemenangan itu dapat diteruskan,” katanya.