Orang Melayu tidak perlu banyak parti politik

Mahdzir ketika merasmikan HSN peringkat KPLB di Putrajaya pada Sabtu.
Mahdzir ketika merasmikan HSN peringkat KPLB di Putrajaya pada Sabtu.
A
A
A

PUTRAJAYA – Orang Melayu tidak perlu mempunyai banyak parti politik kerana hanya akan menyebabkan kaum itu berpuak-puak, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“UMNO satu sudah cukup, ni kalau buat bagi banyak lagi, kita akan berpuak-puak. Ikutlah pakat-pakat (bersatu) dalam satu organisasi,” katanya.

Bercakap kepada media selepas merasmikan Hari Sukan Negara 2021 (HSN 2021) peringkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada Sabtu, beliau berkata, tiada keperluan untuk menubuhkan parti politik yang baharu sebaliknya lebih baik menyertai parti politik sedia ada di negara ini.

Mengulas mengenai cadangan penubuhan sebuah lagi parti politik baharu iaitu Parti Kuasa Rakyat, Mahdzir berkata, pada masa ini sudah terlalu banyak parti politik dalam kalangan orang Melayu.

"Orang Melayu yang banyak sangat parti ni, rakan-rakan kaum Cina dan India tidak sebanyak orang Melayu. Tak tahulah apa matlamat mereka (tubuh parti baharu)," ujarnya.

Artikel Berkaitan: