Yadim sasar lebih 2 juta terima manfaat Bulan Dakwah 2.0

Idris (kiri) bersama dengan Nasrudin ketika gimik pelancaran Bulan Dakwah 2.0 di Studio TV Al-Hijrah pada Jumaat. - FOTO SINAR HARIAN/ HALIM WAHID
Idris (kiri) bersama dengan Nasrudin ketika gimik pelancaran Bulan Dakwah 2.0 di Studio TV Al-Hijrah pada Jumaat. - FOTO SINAR HARIAN/ HALIM WAHID
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyasarkan lebih dua juta orang golongan sasar menerima manfaat sepanjang Bulan Dakwah 2.0.

Yang Dipertuanya, Nasrudin Hassan berkata, program tersebut akan dijalankan serentak di seluruh negara bermula Jumaat sehingga Disember depan.

“Bulan Dakwah 1.0 kita sasarkan 2,000 program tetapi kita berjaya laksanakan lebih 3,000 program.

“Dan Bulan Dakwah 2.0 ini kita sasarkan 3,000 program sehingga menjelang labuh tirai pada Disember nanti,” katanya pada sidang medianya di Studio TV Al-Hijrah pada Jumaat.

No Image Caption

Bulan Dakwah 2.0 dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, Bulan Dakwah merupakan program tahunan Yadim dan tahun ini merupakan penganjuran kali kedua.

Nasrudin pada sidang medianya di Studio TV Al-Hijrah pada Jumaat. - FOTO SINAR HARIAN/ HALIM WAHID.
Nasrudin pada sidang medianya di Studio TV Al-Hijrah pada Jumaat. - FOTO SINAR HARIAN/ HALIM WAHID.

Artikel Berkaitan:

Beliau menjelaskan, pihaknya mengangkat Bulan Dakwah sebagai satu kempen untuk menggerakkan dakwah di seluruh negara sepanjang masa.

“Kita ambil semangat itu untuk tujuan kempen dan mempromosi gerak kerja dakwah atas tujuan melestarikan gerakan dakwah di atas tanah air kerana kita melihat bahawa dakwah bukan lagi sekadar aktiviti kecil-kecilan atau aktiviti pihak-pihak tertentu sahaja tetapi mesti diarusperdanakan,” jelasnya.

Mengulas mengenai penambahbaikan daripada Bulan Dakwah 1.0, Nasrudin berkata, pihaknya telah mempertikatkan kualiti penyampaian dakwah kepada golongan sasar.

“Bulan Dakwah 1.0 yang lalu pun kita telah berjaya menyantuni lebih sejuta golongan sasar.

“Jadi, kami akan memastikan golongan sasar yang dapat kami santuni melalui program dakwah ini akan lebih meningkat,” ujarnya.

No Image Caption

Jelas Nasrudin, selepas ini akan ada lebih banyak program-program di lapangan seperti dakwah jalanan.

“Jadi, Insya-ALLAH dari segi yang pertama kualiti penyampaian, kemudian dari sudut keberkesanan aktiviti supaya ia tidak lagi menjadi program ‘hit and run’ atau ‘touch n go’ tetapi mestilah program yang ada susulan dan mempunyai keberkesanan dalam kalangan golongan sasar,” ujarnya.

Nasrudin berkata, antara program yang bakal dilaksanakan dalam Bulan Dakwah 2.0 ialah seperti Cinta Rasulullah, Akademi Daie Muda Yadim, Bengkel Murobbi Rakan Belia Yadim peringkat kebangsaan dan Tazkirah 24 Jam Tanpa Henti.