Penduduk Lembah Klang sekali lagi 'putus air'

Penduduk Lembah Klang sekali lagi akan berhadapan krisis bekalan air selepas Air Selangor maklumkan sebanyak 998 kawasan bakal berdepan gangguan bekalan air berjadual bermula 13 sehingga 16 Oktober ini.
Penduduk Lembah Klang sekali lagi akan berhadapan krisis bekalan air selepas Air Selangor maklumkan sebanyak 998 kawasan bakal berdepan gangguan bekalan air berjadual bermula 13 sehingga 16 Oktober ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Isu gangguan bekalan air yang saban tahun berlaku di Lembah Klang dijangka akan kembali berulang susulan pengumuman dibuat oleh pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) pada minggu lalu.

Menerusi pengumuman itu, Air Selangor memaklumkan sebanyak 998 kawasan di Lembah Klang bakal berdepan gangguan bekalan air berjadual bermula 13 sehingga 16 Oktober susulan kerja penambahbaikan aset kritikal yang menyebabkan henti tugas di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Katanya, kawasan terlibat membabitkan pengguna di daerah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

“Pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan itu telah tertangguh daripada jadual asal sejak tahun 2019 dan 2020 berikutan insiden pencemaran yang menyebabkan gangguan bekalan air berskala besar,” katanya.

Dalam pada itu, Air Selangor berkata, pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan itu juga telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) demi keselesaan pengguna pada masa hadapan.

Menurutnya, impak daripada penangguhan kerja-kerja yang dirancang pada 17 Oktober tahun lalu telah menyebabkan satu batang paip air tapisan bersaiz 1,200 millimeter (mm) di LRA SSP1 pecah serta mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual ketika itu.

Tambahnya, kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan yang bakal dilaksanakan ini sangat penting bagi memastikan kesemua peralatan di LRA SSP1 dapat berfungsi dengan baik.

Artikel Berkaitan: