PDRM pandu uji BMW M3, BMW X3, Volkswagen Tiguan

PDRM pandu uji lima buah kenderaan. Sumber: Facebook Friends of PDRM
PDRM pandu uji lima buah kenderaan. Sumber: Facebook Friends of PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang memandu uji lima unit kenderaan jenis BMW dan Volkswagen untuk kegunaan beberapa jabatan selama dua minggu bermula Khamis.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Dalam Negeri (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali berkata, proses pandu uji tersebut adalah di peringkat pembuktian konsep (POC) tanpa sebarang perjanjian.

"Tempoh uji cuba selama dua minggu melibatkan kenderaan model BMW M3, BMW X3, dan Volkswagen Tiguan.

Salah sebuah kenderaan BMW yang dipandu uji. Foto: Facebook Friends of PDRM)
Salah sebuah kenderaan BMW yang dipandu uji. Foto: Facebook Friends of PDRM)

"Kenderaan tersebut akan digunakan oleh Jabatan KDNKA, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, (JSPT) dan Cawangan Pengiring PDRM," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Hazani berkata, pandu uji tersebut dijalankan hanya untuk menguji kesesuaian kenderaan tersebut dalam menjalankan sebarang tugasan bagi jabatan-jabatan PDRM.

"PDRM sedia maklum akan kekangan kewangan dihadapi oleh kerajaan dan tawaran diberikan oleh syarikat berkenaan adalah atas prinsip hanya untuk uji cuba sebelum sebarang keputusan untuk penggunaan diputuskan oleh PDRM kelak," jelasnya.

Artikel Berkaitan: