Latar umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam

Penutupan sementara persimpangan Ijok sehingga persimpangan Puncak Alam bagi kedua-dua arah bagi memberi laluan kerja pemasangan rasuk jambatan di KM3.0 oleh pihak WCE.
Penutupan sementara persimpangan Ijok sehingga persimpangan Puncak Alam bagi kedua-dua arah bagi memberi laluan kerja pemasangan rasuk jambatan di KM3.0 oleh pihak WCE.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) mengumumkan penutupan sementara persimpangan Ijok sehingga persimpangan Puncak Alam bagi kedua-dua arah selama tiga hari bermula Isnin hingga Rabu depan.

Latar dalam kenyataannya memaklumkan, penutupan itu dilaksanakan pada jam 10 malam hingga 5 pagi pada tarikh tersebut.

Menurut kenyataan itu, penutupan sementara persimpangan itu dilakukan bagi memberi laluan kerja pemasangan rasuk jambatan 'beam' di kilometer 3.0 oleh pihak Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE).

"Trafik akan dilencongkan ke Jalan Persekutuan (FT54) dan pengguna dinasihatkan supaya memandu secara berhati-hati, mematuhi arahan papan tanda serta arahan petugas trafik sepanjang tempoh pelaksanaan ini," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Justeru, kenyataan itu memberitahu, Latar memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi dan segala perhatian serta kerjasama daripada pengguna lebuh raya amatlah dihargai.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian hotline Latar 03-6145 1515 atau pegawai WCE yang bertugas iaitu Muhammad Nashrul Azri Mazlan di talian 013-664 4761 dan wakil kontraktor terlibat iaitu Ridzwan Abdul Razak (Pengurus Projek Ganda Imbuhan Sdn Bhd) di talian 017-713 2004.

Selain itu, pengguna jalan raya juga boleh mendapatkan lain-lain informasi terkini pada media sosial Facebook, aplikasi Twitter dan Instagram Latar.

Artikel Berkaitan: