Sinar baharu Newcastle United

Newcastle United antara kelab yang bersaing dalam EPL musim ini. FOTO: Newcastle United
Newcastle United antara kelab yang bersaing dalam EPL musim ini. FOTO: Newcastle United
A
A
A

SEBUAH konsortium dari Arab Saudi melengkapkan pengambilalihan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United seperti yang diinginkan majoriti dalam kalangan penyokong The Magpie's sebelum ini.

Gabenor Dana Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF), Yasir Al-Rumayyan berkata, pembelian The Magpie's itu merupakan pelaburan jangka panjang dalam mengembangkan potensi selain meneruskan kesinambungan kelab tersebut.

"Kami amat gembira kerana dapat menjadi pemilik baharu Newcastle United, yang merupakan antara kelab terkenal liga Inggeris.

"Terima kasih juga kepada penyokong-penyokong setia Newcastle United yang terus memberikan sokongan terhadap kelab ini dan kami amat teruja untuk bekerjasama bersama-sama penyokong-penyokong," kata Yasir Al-Rumayyan yang dijangka mengisi kerusi pengerusi bukan eksekutif Newcastle United.

Penyokong-penyokong The Magpie's mula meraikan di luar pekarangan St James' Park, pengambilalihan oleh konsortium - PIF, PCP Capital Partners dan RB Sports & Media sebaik Liga Perdana mengesahkan pengumumkan penjualan oleh pemilik Mike Ashley.

Sementara itu, Ketua Eksekutif PCP Capital Partners, Amanda Staveley, percaya pembelian tersebut yang menjadikan The Magpie's antara kelab terkaya dunia bakal mengakhiri era suram di St James' Park sejak beberapa musim lalu.

"Ini merupakan perlaburan jangka panjang. Matlamat kami juga sejajar dengan aspirasi penyokong-penyokong kelab untuk mewujudkan sebuah kelab yang berjaya dan konsisten dalam mencabar kejuaraan serta terkenal serata global," kata Staveley.

Artikel Berkaitan: