Kereta dipandu warga asing rempuh bank

Pintu bank yang pecah selepas dirempuh oleh Proton Persona yang dipandu seorang lelaki asing pada Khamis. Foto: Ihsan PDRM
Pintu bank yang pecah selepas dirempuh oleh Proton Persona yang dipandu seorang lelaki asing pada Khamis. Foto: Ihsan PDRM
A
A
A

JERANTUT - Suasana di sebuah bank di sini kecoh apabila kereta jenis Proton Persona yang dipandu seorang lelaki warga asing secara tiba-tiba merempuh dinding kaca premis berkenaan pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu dipercayai berlaku selepas mangsa berusia 29 tahun tertekan pedal minyak ketika ingin meletakkan kenderaannya di hadapan bank terbabit.

"Kemalangan ini tidak melibatkan kecederaan tetapi kereta tersebut rosak di bahagian depan selain pintu bank pecah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Proton Persona yang turut rosak di bahagian depan akibat kejadian tersebut. Foto: ihsan PDRM
Proton Persona yang turut rosak di bahagian depan akibat kejadian tersebut. Foto: ihsan PDRM

Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai buruh di sebuah syarikat telekomunikasi memiliki lesen memandu antarabangsa telah hadir membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut dan dirakam percakapan.

"Tiada elemen jenayah wujud dalam kejadian ini dan kes diklasifikasikan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959," katanya.

Artikel Berkaitan: