Tiada keperluan kemuka laporan MA63 kepada PBB: Ongkili

Maximus Ongkili
Maximus Ongkili
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan bagi negara mengemukakan laporan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili.

Beliau berkata, perkara itu sama sekali tidak berbangkit dan tiada asas memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat dan boleh menyelesaikan isu-isu dalaman negara sendiri.

“Malaysia adalah negara berdaulat, kita urus hal kita,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Khamis.

Perkara itu dibangkitkan Ahmad Hassan (Warisan-Papar) pada sesi perbahasan RMK12 sebelum ini.

MA63 merupakan satu perjanjian yang ditandatangani antara Britain, Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak pada 9 Julai 1963 dan telah diiktiraf PBB.

Sementara itu, Ongkili berkata, inilah kali pertama sepanjang 11 RMK dibentang, bab khusus mengenai hal berkaitan Sabah dan Sarawak dimasukkan dalam RMK12.

Ini sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan mengatasi halangan kelewatan pembangunan dan infrastruktur, katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: