Sepanyol tempah tiket final

Sepanyol mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Liga Negara-Negara Eropah selepas menundukkan Itali 2-1 dalam aksi di San Siro pada awal pagi Khamis.
Sepanyol mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Liga Negara-Negara Eropah selepas menundukkan Itali 2-1 dalam aksi di San Siro pada awal pagi Khamis.
A
A
A

SEPANYOL berjaya mara ke perlawanan akhir Liga Negara-Negara Eropah selepas menundukkan Itali 2-1 dalam aksi di San Siro pada awal pagi Khamis.

Pengendali Sepanyol, Luis Enrique memuji kemampuan para pemainnya yang turut sama meleburkan rekod 37 kali tanpa kalah pasukan juara Eropah itu.

"Kami sekali lagi mencipta peluang dan berjaya mengatasi mereka. Ia adalah perlawanan yang bagus dengan dua pasukan berkualiti berada pada tahap terbaik.

"Saya mengakui agak sukar dengan tempoh latihan yang singkat untuk membawa apa yang anda mahukan dalam pasukan, tetapi pemain memberikan komitmen yang baik.

"Perkara paling baik sejak saya bersama pasukan kebangsaan adalah kami berjaya bermain dengan corak permainan kami," katanya.

Ferran Torres meledak dua gol pada minit ke-17 dan penghujung separuh masa pertama buat Sepanyol sebelum Itali berjaya memperolehi gol saguhati menerusi Lorenzo Pellegrini pada minit ke-83.

Dalam pada itu, Enrique turut memuji persembahan pemain mudanya, Gavi yang tampil cemerlang dalam debut pertamanya bersama pasukan senior kebangsaan.

"Dia merupakan pemain yang bagus, tidak mudah hilang bola dan ada fizikal yang baik.

Artikel Berkaitan:

"Kami tahu apa yang mampu dibawanya iaitu personaliti, kesanggupan untuk bermain serta keberanian. Tiada apa yang tidak boleh dilakukannya. Dia pemain yang sempurna.

"Dia boleh menjadi masa depan pasukan, tapi dia juga boleh menyerlah ketika ini kerana dia ada personaliti untuk bermain pada tahap ini," katanya.

Gavi menjadi pemain termuda mewakili Sepanyol pada usia 17 tahun 62 hari - memecahkan rekod 85 tahun yang dipegang Angel Zubieta Redondo yang memakai jersi Sepanyol buat pertama kali pada perlawanan persahabatan 1936 berdepan Czechoslovakia ketika berusia 17 tahun 284 hari.