'Saya tidak menyesal tinggalkan Barcelona'

MESSI
MESSI
A
A
A

LIONEL Messi menegaskan dia tidak menyesal membuat keputusan untuk meninggalkan Barcelona dan menyertai pasukan gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).

Messi menyertai PSG secara perpindahan percuma selepas Barcelona gagal menawarkan kontrak baharu kepada pemain Argentina itu ekoran masalah kewangan.

Ia sekali gus menyaksikan karier panjang Messi yang melakukan debut pertama bersama kelab itu pada tahun 2004 berakhir.

Messi telah memenangi 35 trofi di Camp Nou selain meledak 672 gol bersama kelab itu dalam semua kejohanan.

"Saya tidak melakukan kesilapan berpindah ke PSG," katanya dalam pratonton satu temu bual dengan France Football yang akan disiarkan sepenuhnya pada Sabtu ini.

Sejak menyertai PSG, Messi telah menjaringkan satu gol ketika kemenangan 2-0 ke atas Manchester City dalam aksi Liga Juara-Juara baru-baru ini.

Namun, pemain berusia 34 tahun itu masih belum menemui jaringan dalam saingan Ligue 1 yang turut menyaksikan PSG menderita kekalahan 0-2 kepada Rennes minggu lalu.

Ia menyaksikan permulaan cemerlang PSG dengan lapan kemenangan berturut-turut dalam saingan liga tercalar, namun gergasi Perancis itu masih berada di kedudukan teratas liga dengan perbezaan enam mata mengatasi pasukan di tangga kedua, Lens.

Artikel Berkaitan: