'Kami buat kesilapan yang tidak sepatutnya'

Mancini
Mancini
A
A
A

PENGENDALI Itali, Roberto Mancini mengakui kekalahan 1-2 kepada Sepanyol dalam aksi separuh akhir Liga Negara-Negara UEFA pada awal pagi Khamis berpunca daripada kesilapan pasukannya sendiri.

Menurut Mancini, dia agak kecewa dengan keputusan tersebut terutama tewas dalam keadaaan pasukannya kekurangan seorang pemain selepas kapten, Leonardo Bonucci dibuang padang pada minit ke-42.

Namun, pengendali berusia 56 tahun itu tidak mahu menghukum para pemainnya dengan menegaskan skuad kendaliannya sudah memberikan yang terbaik walaupun bermain dengan 10 pemain.

"Perlawanan seperti ini, kadang-kadang sesuatu insiden itu akan mengubah keadaan. Separuh masa pertama saya melihat keputusan sepatutnya berakhir 1-1.

"Jelas sekali Sepanyol memegang bola dengan baik, tetapi amat kecewa untuk kalah seperti ini dengan kami bermain dengan 10 pemain. Kami membuat kesilapan yang tidak sepatutnya dalam perlawanan penting ini.

"Secara jujurnya saya tidak melihat kad kuning kedua itu, namun ia bukan masalah utama. Leo seharusnya tidak melakukan kekasaran dan membiarkan di dilayangkan kad.

"Namun, kami berjaya jaringkan gol dan tidak dibolosi banyak gol selepas bermain 10 orang adalah satu persembahan yang bagus.

"Kami memerlukan tenaga baharu yang membantu kami ketika bermain 10 orang. Saya percaya kekalahan ini memberikan kekuatan untuk kami kembali bangkit selepas ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam perlawanan itu, Ferran Torres meledak dua gol pada minit ke-17 dan penghujung separuh masa pertama sebelum Itali berjaya memperolehi gol saguhati menerusi Lorenzo Pellegrini pada minit ke-83.

Kekalahan itu menyaksikan Itali gagal mara ke final dan rekod 37 perlawanan tanpa kalah lebur di tangan pasukan La Roja.