Tembakan di sekolah: Empat cedera di Texas
SEORANG pelajar 18 tahun bertindak melepaskan tembakan di sebuah sekolah menengah di daerah Dallas dalam satu pergaduhan hingga menyebabkan empat cedera, sebelum suspek melarikan diri.
Bagaimanapun, pihak berkuasa memberitahu, pelajar terbabit berjaya ditahan beberapa jam kemudian.
Timothy George Simpkins ditahan tanpa didakwa dengan beberapa tuduhan serangan menggunakan pistol.
Kejadian yang berlaku di Mansfield Timberview High School di Arlington itu telah menyebabkan seorang mangsa berada dalam keadaan kritikal manakala tiga yang lain cedera ringan.
Polis mengesahkan bahawa mereka yang cedera adalah pelajar.
Dalam satu sidang media, Polis Arlington memaklumkan, kejadian berpunca dari pergaduhan di sebuah kelas di mana Timberview mempunyai 1,900 pelajar.
Kejadian tembakan itu berlaku beberapa hari selepas kejadian tembakan sekolah di Houston yang mencederakan pentadbir sekolah.
Tembakan di sekolah yang paling buruk pernah berlaku adalah di Texas pada Mei 2018 yang menyebabkan 10 pelajar termasuk guru maut. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!