Politik Melaka: Pas mesyuarat malam ini, sedia jika PRN berlaku

Pas akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan polemik politik di Melaka termasuk persediaan menghadapi pilihan raya negeri (PRN), malam ini.
Pas akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan polemik politik di Melaka termasuk persediaan menghadapi pilihan raya negeri (PRN), malam ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pas akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan polemik politik di Melaka termasuk persediaan menghadapi pilihan raya negeri (PRN), malam ini.

Naib presidennya, Idris Ahmad berkata, parti itu akan mengadakan mesyuarat berkenaan secara dalam talian.

"Mesyuarat akan diadakan malam ini (dalam talian) untuk bincangkan perkara itu. Presiden ketika ini berada di Terengganu.

"Kita bersedia dengan sebarang kemungkinan berkaitan kemelut politik yang berlaku di Melaka ketika ini, termasuk kemungkinan PRN di negeri itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Kasih PRIHATIN-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di ibu negara, hari ini.

Semalam Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam usaha menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Pembubaran DUN Melaka itu dibuat selepas Sulaiman hilang majoriti sokongan, susulan tindakan empat Ahli Dewangan Undangan Negeri (ADUN) daripada blok kerajaan, menarik sokongan terhadap kepimpinannya pada Isnin.

Empat ADUN kerajaan mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Sulaiman iaitu Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas). - Sumber Awani

Artikel Berkaitan: