Aktres, sutradara tiba untuk buat filem di stesen angkasa

Angkasawan Anton Shkaplerov (tengah), pengarah filem, Klim Shipenko (kanan) dan aktres Yulia Peresild. - Foto Roscosmos
Angkasawan Anton Shkaplerov (tengah), pengarah filem, Klim Shipenko (kanan) dan aktres Yulia Peresild. - Foto Roscosmos
A
A
A

MOSCOW - Seorang aktres Rusia dan sutradara filem selamat tiba di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada Selasa untuk memulakan penggambaran filem selama 12 hari.

Penggambaran filem itu dijangka mengatasi projek Hollywood untuk melakukan perkara yang sama seperti diumumkan oleh pelakon 'Mission Impossible', Tom Cruise bersama dengan agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dan pemilik syarikat SpaceX, Elon Musk.

Aktres Yulia Peresild, 37, dan pengarah filem, Klim Shipenko, 38, berlepas dari sebuah pusat pelancaran roket di Baikonur, Kazakhstan pada awal pagi Selasa waktu tempatan sebelum tiba di ISS pada hari yang sama.

Mereka menaiki sebuah kapal angkasa yang kemudian berpisah dengan roket Soyuz buatan Rusia tersebut ke ISS.

Kapal angkasa itu dikendalikan oleh seorang angkasawan veteran Rusia, Anton Shkaplerov.

Ketiga-tiga mereka disambut oleh dua angkasawan Rusia, seorang angkasawan Perancis, seorang angkasawan Jepun dan tiga angkasawan NASA di ISS.

Aktres tersebut akan berlakon dalam filem berjudul 'The Challenge'.

Ia mengisahkan tentang seorang doktor wanita yang dihantar ke ISS untuk menyelamatkan seorang angkasawan.

Artikel Berkaitan:

Konstantin Ernst iaitu ketua rangkaian televisyen Channel One di Rusia dan penerbit bersama filem itu berkata, beliau telah bercakap dengan dengan kru-kru dari negara tersebut selepas mereka tiba di ISS.

"Mereka berada dalam keadaan baik dan penuh bersemangat," katanya kepada AFP.

Stesen angkasa itu berada antara 350 hingga 400 kilometer dari bumi. - Agensi