Sasar 100,000 sukarelawan sertai skuad waja

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen pada Selasa.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini giat menarik penyertaan lebih 100,000 sukarelawan untuk menyertai Skuad Waja pada tahun ini dalam usaha membendung isu keganasan terhadap wanita.

Timbalan Menterinya, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, skuad tersebut yang dimulakan sejak Mac 2021, berperanan untuk memperkasa masyarakat melalui program bimbingan psikososial dan aktiviti dalam komuniti, khususnya terhadap golongan wanita bagi meningkatkan kesedaran terhadap isu-isu jenayah.

Memberi contoh sepanjang 2020, beliau berkata, kes melibatkan isu keganasan rumah tangga mencatat 5,260 kes berbanding 4,905 setakat Ogos tahun ini, dan majoritinya melibatkan kaum wanita.

“Sukarelawan Skuad Waja ini akan diberikan latihan menggunakan modul yang bertujuan membina kemahiran untuk menjadi seorang pendengar dan pembimbing wanita dan keluarga di dalam komuniti.

“Skuad ini juga membantu komuniti untuk merujuk aduan kepada pihak yang berwajib bagi mendapatkan bantuan lanjut,” katanya pada sidang media di Parlimen di sini pada Selasa.

Menurut Siti Zailah, sehingga Selasa, seramai 4,994 individu yang menyertai Skuad Waja telah dilatih di seluruh negara dan optimis sasaran penyertaan 100,000 sukarelawan itu boleh tercapai menerusi strategi dan tindakan proaktif yang dirancang kementerian.

Orang ramai boleh menyertai skuad tersebut dengan mendaftar di pautan https://www.rebrand.ly/pendaftaranskuadWAJA@ https://www.jpw.gov.my/. - Bernama

Artikel Berkaitan: