KPM kekal keputusan pindahkan guru enggan divaksin

KPM tetap dengan keputusan untuk memindahkan mana-mana guru yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.
KPM tetap dengan keputusan untuk memindahkan mana-mana guru yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tetap dengan keputusan untuk memindahkan mana-mana guru yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, tindakan itu dibuat bagi memastikan sesi persekolahan bersemuka tidak terganggu.

"Guru yang enggan divaksin tanpa mendapat pengecualian daripada pegawai perubatan kerajaan dan menyebabkan gangguan kepada operasi sekolah akan dipindahkan.

"Tindakan untuk memindahkan guru terpaksa dilaksanakan untuk pastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid tidak tergugat," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Salim Mohd Sharif (BN-Jempol).

Mengulas lanjut, Hang Soon berkata, langkah yang diambil kementeriannya itu juga selari dengan arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mewajibkan semua penjawat awam mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dilaporkan berkata, seramai 2,500 guru di seluruh negara enggan divaksin.

Artikel Berkaitan: