X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Palestin sedia untuk proses damai dengan Israel: Presiden

Mahmoud Abbas
A
A

RAMALLAH - Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Isnin menyuarakan kesediaannya untuk melaksanakan proses damai dengan Israel berdasarkan resolusi antarabangsa.

Abbas berkata demikian pada pertemuan dengan Timbalan Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Hal Ehwal Israel dan Palestin Hady Amr di Ramallah, Tebing Barat, lapor Agensi Berita Xinhua memetik Agensi Berita Palestin (WAFA).

“Persidangan antarabangsa perlu diadakan untuk perdamaian di Timur Tengah di bawah kerangka antarabangsa bagi mengakhiri pencerobohan Israel dan menubuhkan negara Palestin berdasarkan sempadan 1967.

"Situasi ketika ini tidak dapat diterima dan mahu tekanan diberikan kepada Israel untuk menghentikan tindakan mereka ke atas rakyat Palestin dan menamatkan aktiviti penempatan dan pencerobohan tanah Palestin,” katanya.

Abbas pada Sabtu dilaporkan berkata, sekiranya Israel enggan menerima prinsip penyelesaian dua negara, rakyat Palestin akan mencari pilihan lain, termasuk pelaksanaan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diluluskan pada 1947, atau memilih menubuhkan negara demokratik.

Rundingan damai antara Israel dan Palestin, yang disokong AS selama sembilan bulan, telah tertangguh pada 2014 kerana pertikaian mengenai penempatan Israel dan pengiktirafan untuk mendirikan negara Palestin berdasarkan sempadan 1967. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!