Pemain Spurs beraksi tanpa gentar

Heung-Min (dua, kiri), meraikan kemenangan 2-1 ke atas Aston Villa bersama rakan-rakan sepasukan. - Foto FirstSportz
Heung-Min (dua, kiri), meraikan kemenangan 2-1 ke atas Aston Villa bersama rakan-rakan sepasukan. - Foto FirstSportz
A
A
A

BINTANG Tottenham Hotspur, Son Heung-Min menegaskan kemenangan 2-1 ke atas Aston Villa pada Ahad adalah hasil kerja keras kesebelasan pemain yang dilihat telah beraksi tanpa perasaan ‘gentar.’

Menurut Heung-Min, setelah tewas pada tiga aksi sebelum ini, kemenangan itu diharap dapat mengembalikan momentum kemenangan skuad The Lilywhites itu bagi mengharungi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.

“Kemenangan ini adalah hasil corak permainan kita yang agak berbeza dan bertenaga berbanding sebelum ini.

“Kami sememangnya memerlukan kemenangan ini terutamanya sebelum musim rehat antarabangsa nanti bagi mencapai momentum kemenangan berkenaan.

“Secara keseluruhannya, kemenangan ini memberikan perasaan gembira kepada kami dan diharapkan lebih banyak kejayaan akan dapat dihasilkan kelak,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Pierre -Emile Hojbjerg menjaringkan gol sulung buat Tottenham Hotspur pada minit ke-27 sebelum Ollie Watkins menyamakan kedudukan buat pelawat pada minit ke-67.

Bagaimanapun, gol sendiri Matt Targett pada minit ke-71, meleburkan harapan pelawat untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata berharga daripada perlawanan berkenaan.

Sementara itu Heung-Min berharap agar kesemua pemain dapat mengekalkan prestasi termasuk aksi konsisten yang ditunjukkan ketika berdepan Aston Villa.

Artikel Berkaitan:

Katanya, hanya dengan cara itu, Tottenham Hotspur mampu meraih lebih banyak kejayaan selepas ini.

“Pada perlawanan ini, semua pemain telah beraksi dengan baik. Semuanya mempamerkan aksi terbaik untuk menang.

“Oleh itu, sikap ini perlu berterusan kerana musim ini masih jauh untuk kita harungi,” katanya.