X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Gol luar biasa Salah akan diingati selama 50 tahun

Salah meledak gol kedua Liverpool dalam aksi bertemu City pada Ahad.
A
A

GOL menarik daripada Mohamed Salah yang dijaringkan ketika seri 2-2 dengan Manchester City di Anfield pada Ahad akan diingati dan diperkatakan untuk tempoh 50 tahun akan datang.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp berkata, gol seperti itu jarang dilakukan dan hanya pemain yang berada di kelas terbaik dunia mampu meledak gol seperti itu.

"Hanya pemain terbaik di dunia dapat menjaringkan gol seperti itu. Sentuhan pertama, cabaran pertama dia berjaya lepas dan kemudian meledak gol dengan kaki kanan menamatkan situasi itu dengan sangat luar biasa.

"Kelab tidak akan lupakannya dan orang akan bercakap mengenai gol tersebut untuk satu tempoh yang lama, 50 atau 60 tahun apabila mereka mengingati perlawanan ini.

"Jika Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo menjaringkan gol sebegitu, orang akan berkata mereka adalah pemain berkelas dunia. Dia (Salah) adalah pemain terbaik dunia," katanya.

Salah meledak gol menarik mengelecek Joao Cancelo, Bernardo Silva dan Aymeric Laporte sebelum menyudahkan gerakannya dengan gol kaki kanan pada mini ke-76.

Dalam pada itu, Klopp mengakui pasukannya tidak beraksi baik pada separuh masa pertama dan bernasib baik tidak dibolosi dalam tempoh 45 minit tersebut.

"Satu perlawanan yang menarik dengan dua aksi berbeza setiap separuh masa. Saya bersyukur kerana perlawanan ada dua separuh masa kerana seapruh masa pertama kami tidak sepatutnya bermain sebegitu ketika menentang City.

"Empat gol berlaku apda separuh masa kedua tetapi pada seapruh masa pertama saya tidak ingat jika kami mencipta peluang. Pada separuh masa kedua, kami mencipta masalah kepada mereka dan kami berada dalam permainan menjaringkan gol menarik," katanya.

Selain gol salah pada minit ke-76 itu, Sadio Mane turut mencipta nama selaku penjaring pada minit ke-59 manakala gol City dijaringkan oleh Phil Foden pada minit ke-69 dan Kevin de Bruyne pada minit ke-81.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!