Fumio Kishida dipilih PM baharu Jepun

Fumio Kishida. - Foto Bernama
Fumio Kishida. - Foto Bernama
A
A
A

TOKYO - Fumio Kishida, pemimpin Parti Demokratik Liberal (LDP) dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Jepun dalam sidang khas Dewan Perwakilan pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

Beliau memperoleh 311 undi daripada 465 kerusi Dewan Rakyat.

Kishida, Perdana Menteri ke-100 negara itu, akan memegang jawatan sehingga pilihan raya umum diadakan yang dijadual pada 31 Oktober. - Bernama

Artikel Berkaitan: