Sabah, Sarawak dapat 100 peratus liputan internet

Jurang digital yang lebar terutamanya bagi kawasan luar bandar perlu ditangani sekiranya mahu mencapai tahap negara maju. - Foto 123rf
Jurang digital yang lebar terutamanya bagi kawasan luar bandar perlu ditangani sekiranya mahu mencapai tahap negara maju. - Foto 123rf
A
A
A

SHAH ALAM - Sabah dan Sarawak akan mendapat 100 peratus liputan internet dalam tempoh dua tahun kerana kerajaan akan berbelanja sebanyak RM7.7 bilion untuk tujuan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak RM3.16 bilion untuk Sabah dan RM4.09 bilion kepada Sarawak di bawah program Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela).

“Capaian internet ini perlu meliputi semuanya dan kita pernah dengar di Sabah, ada pelajar terpaksa panjat pokok untuk mendapatkan capaian internet. Ada di jambatan gantung, yang kita difahamkan ada yang jatuh dalam sungai dan sebagainya.

"Kita tidak mahu perkara itu berlaku lagi,” katanya dalam temubual eksklusif pada Ahad.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, jurang digital yang lebar terutamanya bagi kawasan luar bandar perlu ditangani sekiranya mahu mencapai tahap negara maju.

Menurutnya, langkah pertama untuk mengatasi jurang digital tersebut ialah dengan penyediaan infrastruktur.

“Kalau dari segi infrastruktur sudah ada internet, saya percaya ramai masyarakat luar bandar dan bandar boleh terlibat dengan teknologi digital ini.

“Kalau lihat dulu di luar bandar pun kita mempunyai pusat internet. Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) ada internet desa, ada pusat internet bawah penerangan ketika itu.

Artikel Berkaitan:

“Tapi kita lihat dari segi apa yang dilaksanakan di situ tidak menampakkan kejayaan kerana mungkin ketika itu fokus lebih kepada latihan, penggunaan komputer dan sebagainya,” katanya.