Ramlan Harun dilantik sebagai KSU KPLB

-Foto Twitter KPLB
-Foto Twitter KPLB
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengumumkan pelantikan Datuk Ramlan Harun sebagai Ketua Setiausaha kementerian terbabit berkuat kuasa pada 1 Oktober lalu bagi menggantikan Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus.

KPLB dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Ramlan, 57, merupakan kesinambungan bagi memperkasakan kementerian itu yang bertanggungjawab dalam memastikan pembangunan luar bandar di Malaysia dapat diteruskan serta merealisasikan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) untuk manfaat seluruh Keluarga Malaysia.

"Ramlan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Tanah daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Perumahan dan Bangunan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) serta Diploma Pentadbiran Awam, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

"Beliau juga berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam selama 25 tahun dan pernah berkhidmat di beberapa kementerian dan jabatan serta pentadbiran di peringkat negeri.

"Antaranya ialah Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dilantik menjadi Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri," katanya.

Dalam kenyataan sama, KPLB merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahmad Jailani atas jasa dan bakti ketika berkhidmat di kementerian terbabit selama tiga tahun.

Artikel Berkaitan: