PTPTN lancar BMS 2021

A
A
A

Wan Saiful melancarkan BMS 2021 semasa sesi live di Facebook dan Youtube rasmi PTPTN.
Wan Saiful melancarkan BMS 2021 semasa sesi live di Facebook dan Youtube rasmi PTPTN.

Pelbagai program, pertandingan dianjurkan sepanjang Oktober

KUALA LUMPUR - Sempena Hari Tabungan Sedunia yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2021 secara maya menerusi Facebook rasmi di PTPTNOfficial dan Youtube rasmi di PTPTN TV, pada Sabtu.

Program signature PTPTN itu membawakan tema baharu iaitu Galaksi dengan mengekalkan tagline Jom Jadi Superhero untuk anak-anak.

Majlis Pelancaran BMS 2021 disempurnakan oleh Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan penampilan istimewa Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid.

BMS 2021 diadakan secara maya bermula 1 hingga 31 Oktober dengan menyediakan pelbagai program dan pertandingan antaranya Bonding Chef Junior, Sembang Santai BMS 2021, Forum Cakna Kewangan, Siri P&T, Detik Indah Bersama Si Manja dan My Parents, My Real Superheroes.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Dasuki (tengah) bersama hos program semasa sesi Penampilan Istimewa Superhero BMS 2021.
Ahmad Dasuki (tengah) bersama hos program semasa sesi Penampilan Istimewa Superhero BMS 2021.

Pertandingan pula melibatkan Fotografi Simpan SSPN, Chef Junior Simpan SSPN, Simpan SSPN Got Talent, Colouring Contest Simpan SSPN, Snap & Win Simpan SSPN, Happy Hour, Quizizz dan Cabaran #SuperheroSiManja.

Turut dianjurkan, Jelajah Simpan SSPN 2021 di bawah PTPTN Prihatin yang berkonsepkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui sumbangan zakat PTPTN berjumlah lebih RM500,000 dengan kerjasama pusat zakat negeri dan agensi kerajaan.

Seramai lebih 5,000 penerima daripada golongan asnaf akan menerima sumbangan tunai berbentuk akaun Simpan SSPN Prime.

Menurut Wan Saiful, BMS 2021 yang mengambil inspirasi Hari Tabungan Sedunia membawa objektif utama iaitu menyemai semangat penabungan masyarakat di seluruh dunia.

“Pembukaan atau penambahan simpanan secara dalam talian adalah lebih cepat, mudah dan selamat dengan melayari www.lovesspn.com.

“Saya mahu masyarakat di luar sana berpeluang menikmati pelbagai manfaat untuk tabungan pendidikan sekali gus menjadikan Simpan SSPN sebagai produk simpanan isi rumah,” jelasnya.

Simpan SSPN yang terdiri daripada Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus menawarkan pelbagai keistimewaan.

Simpan SSPN Prime merupakan instrumen simpanan tanpa komitmen bulanan dengan keistimewaan seperti pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000, perlindungan takaful secara percuma, dividen yang kompetitif, Geran Sepadan sehingga RM10,000 dan simpanan dijamin oleh kerajaan.

Simpan SSPN Plus pula menawarkan enam pakej menarik dan mampu dimiliki dengan pelbagai keistimewaan antaranya perlindungan manfaat takaful sehingga RM1.2 juta dan perlindungan sehingga umur pendeposit 69 tahun selain menawarkan pelbagai manfaat sedia ada.

Selain itu, terdapat Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021 yang menawarkan hadiah utama Gold Bar bernilai RM150,000 dan hadiah lain bernilai hampir RM320,000.

PTPTN turut memperkenalkan Tabung Impian dengan tujuh karakter seperti angkasawan, bomba, jurutera, doktor, tentera, hakim dan juruterbang sebagai tarikan kepada bakal pendeposit dan pendeposit sedia ada.

Bersesuaian dengan tema BMS 2021, Tabung Impian bagi karakter angkasawan akan bermula Oktober ini dan selebihnya akan dipromosikan pada setiap bulan dengan jumlah simpanan yang ditetapkan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!