Dua lokaliti masing-masing di Perak, Sabah dikenakan PKPD

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kampung Orang Asli Chadak, Tanjung Rambutan di Perak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Ahad hingga 16 Oktober depan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) berkaitan penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19 di lokaliti terbabit.

“Selain itu, turut dikenakan PKPD ialah Kampung Mokodou, Ranau, Sabah bermula Isnin hingga 17 Oktober ini,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau berkata, PKPD di Kampung Orang Asli Ulu Pareh, Bentongdi Pahang yang sepatutnya tamat esok (Ahad), dilanjutkan lagi 14 hari bermula dari Isnin hingga 17 Oktober depan.

Rodzi turut memaklumkan, PKPD melibatkan Kampung Tamu Darat, Kota Belud di Sabah ditamatkan pada Ahad seperti dijadualkan.

“PKPD di Pahang juga ditamatkan pada hari sama iaitu tiga lokaliti di Lembah Bertam, Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands iaitu Kampung Sungai Kabuk, Kampung Sungai Tiang dan Kampung Sungai Chohong serta satu di Kampung Orang Asli Sungai Koi, Hulu Cheka, Jerantut.

“PKPD di PASDEC Bandar Damansara, Kuantan, Pahang pula ditamatkan pada Sabtu, lebih awal dari dijadualkan iaitu 8 Oktober.

“Penamatan PKPD itu diputuskan setelah meneliti pembentangan KKM mengenai situasi semasa di lokaliti berkenaan,” katanya.

Artikel Berkaitan: