Tanzania tahan lebih 60 bomoh

Kanak-kanak albino di Tanzania sering jadi sasaran pembunuhan ritual.
A
A

DODOMA - TANZANIA. Polis Tanzania telah menahan 65 orang bomoh, berkaitan kes pembunuhan ritual sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak albino.

Mangsa dibunuh dalam bulan Januari dan banyak bahagian badan telah dibuang.

Terdapat kepercayaan dalam kalangan sesetengah penduduk di Tanzania serta beberapa negara jiran, bahawa penggunaan bahagian badan manusia secara ritual boleh membawa kekayaan dan tuah.

Ketua Polis Tanzania Simon Sirro telah mengarahkan agar setiap bomoh atau penyembuh tradisional mendapatkan lesen.

Sepuluh kanak-kanak albino telah dibunuh di wilayah barat daya Njombe manakala sejumlah lagi yang tidak diketahui turut dibunuh di utara wilayah Simuyu.

Seorang daripada mangsa, Goodluck Mfugale, hanya berusia lima tahun ketika dia dibunuh.

Terdapat kepercayaan bahawa bahagian badan golongan albino amat berkesan dalam ritual sedemikian, yang membawa kepada berlakunya banyak pembunuhan.

Aktivis di benua itu berkata kemiskinan menyumbang kepada kecurigaan terhadap golongan albino dan kepercayaan bahawa bahagian badan mereka boleh dijual untuk mendapatkan sejumlah besar wang. - Agensi