SPRM buka 687 kertas siasatan antara Januari dan Ogos

SPRM buka 687 kertas siasatan dalam tempoh antara Januari dan Ogos lepas, yang terdiri daripada 149 melibatkan kategori kes 'berprofil tinggi, berkepentingan awam, serta sensitif' dan 538 dalam kategori biasa.
SPRM buka 687 kertas siasatan dalam tempoh antara Januari dan Ogos lepas, yang terdiri daripada 149 melibatkan kategori kes 'berprofil tinggi, berkepentingan awam, serta sensitif' dan 538 dalam kategori biasa.
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka 687 kertas siasatan dalam tempoh antara Januari dan Ogos lepas, yang terdiri daripada 149 melibatkan kategori kes 'berprofil tinggi, berkepentingan awam, serta sensitif' dan 538 dalam kategori biasa.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki berkata, 660 individu ditangkap dalam tempoh berkenaan, manakala jumlah pertuduhan pula melibatkan 347 individu, semuanya dari pelbagai latar belakang termasuk pegawai tinggi kerajaan dan ahli perniagaan.

Beliau berkata, SPRM terus melaksanakan operasi, tangkapan dan pertuduhan di mahkamah meskipun ketika pelaksanaan sekatan pergerakan dalam negara bagi menyekat penularan pandemik Covid-19.

“Dengan tindakan-tindakan operasi yang konsisten, sistematik dan berimpak tinggi, saya percaya kita mampu mewujudkan satu suasana ‘deterrent’ dan perasuah-perasuah akan lebih gentar untuk terlibat dalam gejala rasuah dan salah guna kuasa.