223 kes baharu demam denggi dilaporkan di Pakistan

Punjab di timur Pakistan melaporkan 223 lagi kes demam denggi sejak 24 jam lalu, mencetuskan kebimbangan berlakunya penularan baharu wabak di wilayah itu.
Punjab di timur Pakistan melaporkan 223 lagi kes demam denggi sejak 24 jam lalu, mencetuskan kebimbangan berlakunya penularan baharu wabak di wilayah itu.
A
A
A

ISLAMABAD - Punjab di timur Pakistan melaporkan 223 lagi kes demam denggi sejak 24 jam lalu, mencetuskan kebimbangan berlakunya penularan baharu wabak di wilayah itu, lapor Agensi Berita Xinhua.

Setiausaha Jabatan Kesihatan Punjab, Imran Sikandar berkata, daripada 223 kes demam denggi sebanyak 167 jangkitan dilaporkan di Lahore.

Sekurang-kurangnya 35 lagi kes dilaporkan di Rawalpindi.

Punjab, wilayah yang dihuni lebih daripada separuh jumlah penduduk negara ini, telah melaporkan sebanyak 1,659 kes demam denggi tahun ini.

Pegawai itu berkata, jabatan kesihatan telah melakukan operasi membasmi larva nyamuk denggi di seluruh wilayah.

Islamabad juga telah menghadapi peningkatan jumlah jangkitan dan sekurang-kurangnya tiga pesakit meninggal dunia dalam tempoh dua minggu, lapor media tempatan pada Khamis. - Bernama

Artikel Berkaitan: