Pecah cermin, bakar kereta akibat selisih faham

Suspek mengamuk sambil memegang seketul batu sebelum bertindak memecahkan cermin lalu membakar sebuah Proton Waja yang diletakkan di bahu jalan di Jalan BK5, Bandar Kinrara, Puchong pada Rabu.
Suspek mengamuk sambil memegang seketul batu sebelum bertindak memecahkan cermin lalu membakar sebuah Proton Waja yang diletakkan di bahu jalan di Jalan BK5, Bandar Kinrara, Puchong pada Rabu.
A
A
A

PUCHONG - Gara-gara pertikaman lidah di Facebook, seorang lelaki bertindak memecahkan cermin lalu membakar sebuah Proton Waja yang diletakkan di bahu jalan di Jalan BK5, Bandar Kinrara, di sini pada Rabu.

Perbuatan lelaki tersebut tular melalui empat klip video berdurasi satu minit 30 saat, satu minit 26 saat, satu minit 15 saat dan 47 saat yang dimuat naik di Facebook memaparkan dirinya mengamuk sambil membuat provokasi serta memecahkan cermin kereta terbabit.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu sekitar jam 4 petang.

"Sekitar jam 8.40 malam kereta yang dirosakkan itu telah dibakar dipercayai dengan perbuatan khianat. Hasil maklumat, suspek yang berusia 42 tahun telah ditahan dan mengaku membakar kenderaan tersebut.

"Kejadian difahamkan berpunca daripada pergaduhan dan perselisihan faham yang berlarutan berkenaan beberapa hantaran di laman Facebook di antara kedua-dua pihak," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Anbalagan berkata, seramai lima suspek berusia dalam lingkungan 36 hingga 42 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

"Seorang lelaki ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, dua lelaki dan seorang wanita di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan seorang lelaki ditahan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan," katanya

Artikel Berkaitan: