Bekas ahli MKT UMNO bakal didakwa esok

Seorang bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berpangkat Datuk akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat, berkaitan sebuah video di laman Facebook, beberapa bulan lalu.
Seorang bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berpangkat Datuk akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat, berkaitan sebuah video di laman Facebook, beberapa bulan lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berpangkat Datuk bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat berkaitan sebuah video di laman Facebook, beberapa bulan lalu.

Dia yang berusia 48 tahun itu dijangka berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(No. 2) 2021 iaitu berkaitan aktiviti penghasilan dan penyebaran berita tidak benar.

Menurut seksyen itu, sebarang proses penghasilan berita tidak benar sehingga menimbulkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam, boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, selain denda tidak lebih RM1,000 bagi setiap hari kesalahan berterusan selepas sabitan, jika disabit kesalahan.

Kesalahan mengikut seksyen tersebut adalah termasuk mengadakan, menawar, menerbit, mencetak, mengedar, mengeliling atau menyebarkan berita tidak benar.

Sebelum ini, beliau disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan dijangka hadir di mahkamah sebelum jam 9 pagi pada Jumaat.

USJT mengambil tindakan berkenaan selepas kertas siasatan terhadapnya, dirujuk dan mendapat arahan daripada Pejabat Peguam Negara untuk menuduh di mahkamah.

Mengikut satu kenyataan ringkas polis hari ini, lelaki itu menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(No.2) 2021.

Artikel Berkaitan: