PKPD di tiga lokaliti di Pahang

Tiga lokaliti di Pahang akan dikenakan PKPD bermula esok.
Tiga lokaliti di Pahang akan dikenakan PKPD bermula esok.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kampung Bukit Serdang, Bera di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Jumaat hingga 14 Oktober depan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) berkaitan penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19 di lokaliti terbabit.

Turut dikenakan PKPD adalah dua lagi lokaliti di Pahang iaitu Ladang Felda Kechau 9 di Mukim Kechau dan Taman Teratai di Mukim Budu, bermula Sabtu ini hingga 15 Oktober depan.

Selain itu, PKPD di tiga perkampungan orang asli di Temerloh iaitu Kampung Kuala Terbol, Kampung Pian dan Kampung Lubok Wong serta Penjara Penor, Kuantan kesemuanya di Pahang ditamatkan pada Jumaat seperti yang dijadualkan.

Rodzi berkata, penamatan PKPD itu diputuskan setelah meneliti pembentangan KKM mengenai situasi semasa di lokaliti berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: