Sindiket proses, edar dadah tumpas

Antara peralatan memproses dadah yang dirampas menerusi serbuan yang dijalankan.
Antara peralatan memproses dadah yang dirampas menerusi serbuan yang dijalankan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sindiket memproses dan mengedar dadah tumpas dalam serbuan dilakukan polis pada Selasa dan Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abdul Latif berkata, serbuan pertama dijalankan di di Metro Prima, Kepong kira-kira jam 2 petang oleh JSJN IPK Kuala Lumpur dan BSJND Sentul membongkar sindiket yang menjadikan Lembah Klang sebagai kawasan mengedar dadah.

"Menerusi serbuan ini, dua lelaki warga tempatan berumur antara 46 dan 53 tahun yang merupakan dalang utama sindiket diberkas.

"Kedua-dua suspek berperanan sebagai penghantar dan pemproses dadah. Ketika serbuan dijalankan, salah seorang suspek sedang menolak sebuah troli dan hasil pemeriksaan polis menemui dadah disyaki jenis heroin seberat 1,368 gram bernilai RM47,880.

Antara dadah yang dirampas menerusi serbuan yang dijalankan.
Antara dadah yang dirampas menerusi serbuan yang dijalankan.

"Pemeriksaan ke atas seorang lagi suspek berjaya menemukan tiga biji pil Ecstasy bernilai RM45 manakala pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan jenis Mercedes Benz digunakan suspek menemukan Ecstasy sebanyak 91 biji bernilai RM1,365 yang disembunyikan di dalam sebuah 'speaker' di belakang kenderaan tersebut. Turut dirampas wang tunai RM201," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, ujian saringan dijalankan mendapati, salah seorang suspek positif dadah jenis Methapatamine dan mempunyai 10 rekod jenayah lampau.

Sahar berkata, hasil siasatan kemudian membawa kepada serbuan kedua di sebuah rumah yang disewa dengan harga RM600 sebulan di Sitiawan, Perak pada Rabu.

"Serbuan berjaya membongkar sebuah 'makmal' digunakan ahli sindiket untuk memproses dadah jenis heroin.

"Antara dirampas adalah dadah jenis MDMA seberat 1,271 gram bernilai RM63,500; heroin seberat 458 gram bernilai RM16,030;

serbuk putih disyaki dadah seberat 8,829 gram bernilai RM 309,015; dua botol cecair kimia dan peralatan memproses dadah," kata beliau lagi.

Menurut Sahar, suspek direman tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.