Usul tidak percaya: UMNO akan buat keputusan terbaik

Mohamad
Mohamad
A
A
A

KUALA LUMPUR – [ DIKEMASKINI] UMNO akan membuat keputusan yang terbaik untuk parti dan tanah air jika ada ura-ura usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat, kata Timbalan Presiden UMNO yang menjalan tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Kami (UMNO) akan buat keputusan yang baik untuk parti dan tanah air jika ada perkara seperti ini,” katanya ketika ditemui media di Lobi Menara Datuk Onn, hari ini.

Ketika ditanya, apabila Pas memilih untuk menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri jika ada usul undi tidak percaya di Parlimen, apakah pendirian Umno pula?

Mohamad berkata, ia bergantung kepada situasi dan sekiranya perlukan sokongan UMNO demi kebaikan, mereka akan berbuat demikian.

“Saya tak boleh cakap, tapi bergantung situasi kalau diperlukan demi untuk kebaikan, kenapa tidak?," katanya.

Semalam, Naib Presiden Pas, Datuk Amar Nik Abdullah berkata, Pas hanya menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri jika ada usul undi tidak percaya di Parlimen, bukan sokongan kepada Bersatu.

Artikel Berkaitan: