'Bila siasatan lima laporan polis TH akan dibuka' - Mujahid

Mujahid Yusof
Mujahid Yusof
A
A
A

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mempersoal Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bila siasatan lima laporan polis berkenaan Lembaga Tabung Haji (TH) akan dibuat.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu mendakwa, lima laporan polis itu dibuat sejak tahun 2018 dan siasatan berkenaan perkara terbabit masih belum dibuka oleh Peguam Negara.

“Laporan polis itu ada merit dari sudut menyebabkan isu-isu tidak amanah, penyelewengan dan salah guna kuasa tetapi sehingga ke hari ini belum ada siasatan dibuka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di sidang Dewan Rakyat pada Rabu.

Mujahid turut memohon siasatan berkenaan perkara itu dibuka oleh pihak Peguam Negara bagi mengajar orang Melayu dan Islam di negara ini tentang perlunya mengikut integriti dan amanah.

“Barulah orang Melayu dan Islam boleh maju ke hadapan,” katanya.

Artikel Berkaitan: