Acryl Sani sambung kontrak sebagai KPN selama 2 tahun

Acryl Sani menerima watikah pelantikan daripada Hamzah pada sidang akhbar khas di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Rabu.
Acryl Sani menerima watikah pelantikan daripada Hamzah pada sidang akhbar khas di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) secara kontrak selepas bersara bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 4 Oktober 2021 hingga 3 Oktober 2023.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, selepas menerima nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Yang di Pertuan Agong telah memperkenankan pelanjutan khidmat Acryl Sani sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak selama dua tahun," katanya pada sidang akhbar khas Menteri Dalam Negeri di Bukit Aman yang disiarkan secara langsung di Facebook Polis Diraja Malaysia pada Rabu.

Hamzah memaklumkan, beliau yakin pelantikan itu dapat memberi semangat kepada pegawai dan anggota bekerjasama dengan Ketua Polis Negara untuk memberi khidmat yang terbaik kepada negara.

Acryl Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang ke-13, berkuat kuasa 4 Mei lalu.

Pelantikan Acryl Sani itu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang tamat kontrak perkhidmatan pada 3 Mei.

Artikel Berkaitan: