Kompaun RM1.1 juta tindakan punitif: SPRM

Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas membayar kompaun RM1.1 juta. - Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - Kompaun RM1.1 juta yang dijelaskan Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan merupakan satu tindakan punitif.

Menjelaskan perkara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan berkata, Ahmad pernah ditawarkan kompaun pada Oktober 2019, namun memilih untuk dibicarakan di mahkamah pada ketika itu.

"Sehubungan itu, beliau dituduh dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) dan Seksyen 32(8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001)," kata kenyataan itu pada Rabu.

Menurut kenyataan itu, semasa tempoh perbicaraan berjalan Ahli Parlimen Pontian itu telah mengemukakan representasi dan bersetuju kembali untuk membayar kompaun tersebut.

"SPRM ingin menjelaskan bahawa tindakan kompaun yang dikenakan ini merupakan satu tindakan punitif terhadap mana-mana individu yang terlibat dan merupakan satu bentuk pemulangan aset di bawah AMLATFPUAA 2001," jelas kenyataan itu.

Ahmad yang menghadapi dua pertuduhan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas membayar jumlah kompaun tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, Ahmad didakwa gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi penyataan palsu kepada SPRM.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyelesaian kes Ahmad Maslan tiada kaitan politik: Peguam

Ahmad Maslan bebas dua tuduhan babit dana RM2 juta

Artikel Berkaitan: