KPM akui berlaku kekurangan guru agama

KPM mengakui berlaku kekurangan guru agama terutama di peringkat sekolah menengah di seluruh negara ketika ini. - Foto Bernama
KPM mengakui berlaku kekurangan guru agama terutama di peringkat sekolah menengah di seluruh negara ketika ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengakui berlaku kekurangan guru agama terutama di peringkat sekolah menengah di seluruh negara ketika ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Mohamad Alamin berkata, setakat 30 Ogos lalu, hanya 16,024 guru agama berkhidmat di sekolah menengah berbanding 40,713 guru agama di sekolah rendah.

"Kita di KPM faham tentang kekurangan guru agama di seluruh negara dan kementerian sentiasa berusaha mencari jalan untuk menambah bilangan guru," katanya dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) mengenai jumlah guru agama di seluruh negara yang dilihat tidak mencukupi dan keperluan tambahan.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, beberapa langkah awal telah diambil pihaknya bagi menangani perkara tersebut.

"Saya memberi contoh di Sabah umpamanya, kita telah berbincang dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menubuhkan Fakulti Pengajian Islam untuk membantu menangani masalah kekurangan di negeri ini," katanya.

Artikel Berkaitan: