X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

Pengawal keselamatan maut motosikal terbabas

Motosikal mangsa rosak selepas terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
A
A

GEORGETOWN - Seorang pengawal keselamatan maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Jalan Ayer Itam berhampiran Sekolah La Salle di sini pada Selasa.

Dalam kejadian jam 9.05 pagi itu, mangsa, A Sivalinga Peremal, 50 disahkan maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian leher.

Difahamkan, terdapat kesan kelar pada bahagian leher mangsa selepas dipercayai terkena besi pembahagi jalan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan berkata, siasatan mendapati mangsa menunggang motosikal jenis SYM JetX dari arah Jalan Masjid Negeri menghala Ayer Itam.

Menurutnya, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu melanggar besi pembahagi jalan di kawasan tersebut.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa kemudiannya terseret sejauh 33 meter dan disahkan maut di lokasi kejadian ekoran mengalami kecederaan parah pada leher serta kepala dipercayai terkena tiang cerucuk besi pembahagi jalan.

"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi pada Selasa.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!