X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Najib saran GST dilaksanakan semula

Najib ketika berbahas pada Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen pada Selasa.- Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan kerajaan melaksanakan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, GST perlu dilaksanakan secepat mungkin apabila negara pulih daripada pandemik Covid-19.

“GST perlu dilaksanakan sekiranya (negara) ingin mencapai matlamat mengurangkan jurang pendapatan, menarik pelaburan dan mengukuhkan kekuatan fiskal kerajaan.

"Kutipan hasil GST boleh diagihkan kepada B40 dan M40 dalam bentuk bantuan tunai rakyat yang jauh lebih besar berbanding dengan nilai GST yang dibayar mereka,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di sidang Dewan Rakyat pada Selasa.

Najib berkata, GST mampu mengurangkan kadar cukai korporat dan cukai pendapatan peribadi sekali gus dapat menarik pelaburan asing.

Katanya, GST akan menyumbang kepada fiskal kerajaan dan lebihan pendapatan itu dapat dipulangkan kepada golongan B40 dan M40.

Najib memberitahu, selain itu GST juga menyasarkan ekonomi gelap dengan saiz sebesar RM300 bilion setahun yang sebelum ini terlepas daripada membayar apa-apa cukai.

“Dengan GST, saiz ekonomi gelap dapat dikuncupkan yakni dianggaran dari 25 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 10 peratus," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!