Wanita ditemukan mati dibunuh dalam kedai makan

Anggota Bomba dan Penyelamat membantu membuka 'roller shutter' di sebuah kedai makan di Bandar Rinching Semenyih di sini pada Selasa.
Anggota Bomba dan Penyelamat membantu membuka 'roller shutter' di sebuah kedai makan di Bandar Rinching Semenyih di sini pada Selasa.
A
A
A

KAJANG - Seorang wanita warga Indonesia ditemukan mati dalam keadaan tidak berpakaian dan diselimuti dengan kain disyaki dibunuh di sebuah kedai makan di Bandar Rinching Semenyih di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam melalui MERS 999 yang mendakwa terdapat bau busuk dari dalam kedai berkenaan pada jam 7.33 pagi.

"Kita telah menemui mayat wanita berkenaan setelah 'roller shutter' dibuka oleh anggota Bomba dan Penyelamat," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Mohd Zaid berkata, menurut saksi yang berada di tempat kejadian, kali terakhir mangsa berusia dalam lingkungan awal 50-an itu dilihat pada Sabtu ketika dia berniaga di kedai makan tersebut.

"Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Bahagian Perubatan Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Artikel Berkaitan: