Bomba selamatkan lelaki 'lalok' terperangkap atas besi jambatan

Seorang lelaki diselamatkan selepas naik ke atas besi jambatan setinggi enam meter dalam satu kejadian di jambatan Beaufort pada Selasa.
Seorang lelaki diselamatkan selepas naik ke atas besi jambatan setinggi enam meter dalam satu kejadian di jambatan Beaufort pada Selasa.
A
A
A

BEAUFORT - Seorang lelaki diselamatkan pasukan bomba selepas terperangkap di atas besi jambatan setinggi kira-kira enam meter dalam kejadian di jambatan Beaufort, di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 pagi itu, lelaki berusia 20 tahun itu dipercayai berada dalam keadaan khayal selepas menghidu gam dan bertindak naik ke atas besi jambatan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.44 pagi.

"Seramai sembilan anggota dikejar ke lokasi kejadian dan sebaik tiba, seorang lelaki didapati terperangkap di atas besi jambatan berkenaan.

"Operasi membawa turun mangsa segera dilakukan dan berjaya diselamatkan sebelum diserahkan kepada pihak polis. Operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 10.55 pagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, pasukan pemantauan ternampak seorang lelaki memanjat jambatan terbabit dan perbuatan itu boleh membahayakan dirinya.

"Pasukan pemantau kemudiannya mengarahkan lelaki itu turun namun gagal sebelum bertindak meminta bantuan daripada pasukan bomba dan seterusnya berjaya dibawa turun.

"Pemeriksaan pada beg sandang lelaki itu menemui plastik serta satu tin gam dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ)," katanya.

Artikel Berkaitan: