X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Lelaki tunjuk kemaluan dekat LRT ditahan

PDRM
A
A

SUBANG JAYA - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki berkelakuan tidak senonoh di tepi jalan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) USJ 21 di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya menahan suspek susulan laporan dibuat oleh seorang wanita pada jam 12.54 tengah hari di Balai Polis USJ 8.

"Mangsa mendakwa ketika dia berada di lokasi kejadian, suspek telah datang lalu membuka seluar serta mengeluarkan kemaluannya dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Abd Khalid berkata, siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan perkataan atau menunjukkan isyarat yang dimaksud bagi mengaibkan kehormatan seseorang.

"Orang ramai dinasihati supaya mematuhi undang-undang dan tidak berkelakuan melampaui batas.

"Kita turut mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-56210343 untuk tindakan lanjut. Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!