Iltizam Ismail Sabri RMK12 dilaksana dengan penuh integriti

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunjukkan buku 'Rancangan Malaysia Kedua Belas' (RMK12) selepas membentangkan RMK12 di Bangunan Parlimen hari ini. Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunjukkan buku 'Rancangan Malaysia Kedua Belas' (RMK12) selepas membentangkan RMK12 di Bangunan Parlimen hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan semua strategi dan inisiatif di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dilaksanakan secara tersusun dengan penuh integriti dan bertanggungjawab.

Menurutnya, ia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya kerajaan terus mendokong pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional dan Pelan Antirasuah Organisasi untuk menjadikan Malaysia negara bebas rasuah.

"Saya beriltizam untuk menjadikan kerajaan ini sebuah kerajaan berprestasi tinggi yang memenuhi harapan rakyat.

"Indeks Tadbir Urus Malaysia juga akan diperkenalkan bagi mengukur prestasi tadbir urus jentera Kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat," katanya ketika membentangkan RMK12 di Dewan Rakyat pada Isnin.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, bagi tujuan itu, Pelan Pelaksanaan Dasar RMK12 disediakan sebagai panduan kepada kementerian dan agensi dalam meneraju dan melaksana semua dasar tersebut.

"Saya meletakkan tanggungjawab kepada semua menteri dan kementerian untuk bersama saya melaksana dan memantau pencapaian sasaran RMK12," katanya.

Artikel Berkaitan: