Fernandes minta maaf

Fernandes tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti di Old Trafford, pada Sabtu.
Fernandes tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti di Old Trafford, pada Sabtu.
A
A
A

BRUNO Fernandes memohon maaf atas kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti ketika Manchester United tewas 0-1 kepada Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford pada Sabtu.

“Tiada orang yang lebih kecewa daripada saya apabila terlepas penalti itu. Hari ini saya gagal dan saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya. Tetapi saya akan terus mengambil sepakan penalti.

“Kritikan dan perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam bola sepak. Saya akan mengambilnya sebagai sesuatu yang penting untuk memperbaiki permainan saya.

“Perkara paling penting bagi saya adalah untuk menang bersama-sama. Saya akan sentiasa berusaha membantu rakan-rakan sepasukan dan kelab ini untuk menjadi yang terbaik,” katanya.