X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Tunggu MKN luluskan operasi taman tema

Santhara (kiri) melihat antara produk-produk pelancongan seperti di Taman Rekreasi Gunung Lang dalam lawatan kerja rasminya ke Perak.
A
A

IPOH - Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan tidak mempunyai halangan untuk membenarkan taman tema negara dibuka bagi menarik pelancong domestik.

Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Santhara Kumar berkata, perkara itu bagaimanapun perlu mendapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu bersama prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Pada pandangan saya, taman-taman tema ini persekitarannya adalah terkawal yang mana perlaksanaannya lebih mudah berbanding di tempat-tempat terbuka seperti pantai dan air terjun.

"Tempat terbuka kini sudah dibolehkan dan saya yakin dengan tambah baik SOP maka taman tema juga sudah boleh dibuka.

"Namun, proses untuk meneruskannya datang daripada MKN dan saya difahamkan kementerian terbabit sedang mengkaji dan tidak lama lagi akan ada keputusan," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja rasminya di Lost World Of Tambun di sini pada Ahad.

Hadir sama Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.

Santhara (kiri) diiringi Rumaizi ketika melawat Taman Rekreasi Gunung Lang dalam lawatan kerja rasminya ke Perak.
Santhara (kiri) diiringi Rumaizi ketika melawat Taman Rekreasi Gunung Lang dalam lawatan kerja rasminya ke Perak.

Santhara berkata, taman tema boleh beroperasi setelah negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.

Katanya, pemain industri pelancongan ketika ini sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk menghidupkan semula sektor pelancongan yang terjejas.

"Persoalannya bila dan bagaimana cara terbaik untuk dilaksanakan setelah dibuka, ia apabila sudah ada 90 peratus warganegara sudah di vaksinasi dan semua pekerja ditaman tema telah divaksinasi. Kaedah, SOP dan sebagainya MKN yang akan tentukan.

"Namun, difahamkan pemain industri telah membuat satu cadangan dan memaklumkan tentang persediaan mereka. Kementerian kita juga telah bersiap sedia untuk mempromosikan produk-produk pelancongan bersama pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!